Ugut konon ada gambar tak senonoh tersebar, ini taktik baru scammer ‘jerat’ mangsa.
Baru-baru ini, seorang gadis memuat naik tangkap layar mesej di TikToknya yang mencurigakan
Menerusi tangkap layar tersebut, kelihatan seorang wanita bernama @rossalinda memberitahu kepada gadis itu bahawa gambar tak senonohnya tersebar dalam satu group.
Malah dia turut mengatakan konon ingin cuba memadam gambar berkenaan tetapi tidak boleh.
“Makcik mana ni? Tiba2 dm benda ni. Boleh percaya ke,” tulisnya di laman X.
Rupa-rupanya, itu salah satu taktik baru scammer untuk jerat mangsa
Susulan tularnya ciapan gadis tersebut, seorang pengguna X iaitu @JaIaIMisai mendedahkan bahawa itu merupakan taktik terbaru scammer untuk mencuri duit mangsa.
“Taktik baru scammer. Nanti kita tanya gorup mana, dia akan bagi link. Bila kita klik link tu, comfirm ranap,” katanya.
Difahamkan, sebelum ini ramai scammer menggunakan aplikasi Telegram dengan menghantar mesej-mesej seperti itu.
Namun, baru-baru ini platform TikTok pula menjadi sasaran mereka.