“Takut ada masalah jantung, kadang tanpa sedar boleh tertidur”, abang polis tertidur ketika jaga lalulintas undang reaksi netizen

Oleh GEMILANGDAILY

“Takut ada masalah jantung, kadang tanpa sedar boleh tertidur”, abang polis tertidur ketika jaga lalulintas undang reaksi netizen. Rakaman  memaparkan seorang anggota trafik yang mengantuk ketika sedang bertugas kecoh menjadi perbualan netizen di media sosial.

Dalam video itu, anggota berkenaan kelihatan terhuyung-hayang ketika berdiri di atas jalan raya, sekali gus menimbulkan kerisauan orang ramai.

“Takut ada masalah jantung, kadang-kadang tanpa sedar kita boleh tertidur.

"Takut ada masalah jantung, kadang tanpa sedar boleh tertidur", abang polis tertidur ketika jaga lalulintas undang reaksi netizen

“Kesian weh. Penat sangat tu. Terima kasih abang polis.

“Saya rasa dia penat. Kadang-kadang ada masalah kesihatan juga,” tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah mengesahkan kejadian tersebut berlaku di Bulatan Uplands, Kuching pada Jumaat lalu.

“Pada 13 Februari dikesan satu rakaman video berdurasi 14 saat yang tular dimuat naik di laman Facebook yang memaparkan seorang anggota trafik kelihatan mengantuk ketika menjalankan tugas.

“Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching mengesahkan bahawa kejadian tersebut berlaku pada 10 Februari 2023 di Bulatan Uplands, Kuching dan melibatkan penugasan kawalan penarikan kesesakan lalu lintas.

“Pejabat ini akan meneliti keadaan kesihatan petugas berkenaan berkaitan untuk tindakan lanjut,” ujarnya menerusi satu kenyataan.

BACA:

Motosikal paling mahal pernah dilelong RM4 juta, jackpot mat! Ini kisahnya

Suami jackpot main mesin cuci RM6.4 juta, isteri nak berpisah ingatkan tuntut cerai sebab main judi tapi ini cerita sebenarnya