‘Takut kena tembak? Takut kena culik?’ Tunku Ismail minta Kim Pan Gon terus terang

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim dari Johor Darul Ta’zim (JDT) mempersoalkan tindakan bekas ketua jurulatih pasukan kebangsaan,

Kim Pan-gon, yang enggan mendedahkan sebab utama beliau meletak jawatan.

Melalui laman media sosialnya, Tunku Ismail menyeru semua pihak termasuk penyokong, ahli politik,

Dan media untuk mendesak Pan-gon menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai perkataan ‘bahaya’ yang beliau gunakan.

Apa susah, pergi tanya dia beramai-ramai apa yang dia maksudkan dengan ‘dangerous’. Penyokong, ahli politik, dan media. Tanya dia apa maksud ‘dangerous’. Jelaskan dengan lebih jelas,” tulis Tunku Ismail.

'Takut kena tembak? Takut kena culik?' Tunku Ismail minta Kim Pan Gon terus terang

Beliau turut menegaskan bahawa sebelum ini terdapat konspirasi dan teori yang dibawa masuk dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) oleh Kim Pan-gon.

Dalam sidang media baru-baru ini, Pan-gon menegaskan bahawa dia telah menceritakan segalanya kepada Datuk Hamidin Mohd Amin, namun dia rasa “amat bahaya” untuk berkongsi maklumat tersebut dengan orang ramai.

“Namun, butiran lanjut mengenai keputusan ini tidak boleh saya kongsikan di sini. Ia adalah sangat berisiko. Datuk Hamidin sudah mengetahui semuanya, jadi tidak perlu tanya soalan itu lagi,” kata Pan-gon.

FAM sebelum ini mengeluarkan kenyataan menyatakan bahawa Kim Pan-gon telah meletak jawatan atas alasan peribadi.

“Hari ini, saya telah memutuskan untuk berundur sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Malaysia kerana komitmen peribadi saya. Saya memohon maaf atas sebarang kekecewaan yang mungkin ditimbulkan kepada semua pihak.

“Saya amat berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas perjalanan yang luar biasa dan indah selama dua setengah tahun ini sejak ketibaan saya pada Februari 2022. Kita bersama-sama mencapai kejayaan dengan layak ke Piala Asia pada Jun 2022 selepas 43 tahun menanti, dan meningkatkan kedudukan FIFA ke tangga ke-130.

“Walaupun kita tidak layak ke pusingan akhir Kelayakan Piala Dunia 2026, prestasi kami dengan tiga kemenangan, satu seri, dan dua kekalahan telah memberi harapan untuk masa depan bola sepak Malaysia yang cerah,” katanya.

BACA: “Ngam lepas kami langsungkan perkahwinan, terus aku rasa kehidupan macam kena control dengan mertua”