‘Tali kasut keluar dari kemaluan’, Ustaz kongsi kisah pasangan suami isteri disihir guna tali kasut

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Sudah banyak kita dengar kisah individu yang menderita akibat terkena sihir dan ada di antaranya

sehingga menemui ajal dek kerana perbuatan yang menjijikkan dan dilaknat oleh Allah SWT ini.

Terbaru menerusi perkongsian TikTok, Ustaz Ariffin Ayob ada mendedahkan suatu kejadian ngeri yang berlaku akibat daripada perbuatan sihir.

‘Tali kasut keluar dari kemaluan’, Ustaz kongsi kisah pasangan suami isteri disihir guna tali kasut

Tali kasut keluar dari kemaluan?

Menerusi video yang dikongsikan netizen, Ustaz Ariffin mendedahkan bahawa dia telah didatangi oleh sepasang suami isteri ketika di Pulau Pinang untuk ‘berubat’ akan sihir yang dialami mereka.

Namun setelah selesai sesi ruqyah, si isteri memberitahu ustaz berkenaan bahawa dia terasa seakan-akan ada sesuatu yang keluar dari kemaluannya.

Tanpa berlengah lagi, ustaz berkenaan menyuruh wanita itu dan suaminya ke tandas untuk memeriksa. Pasangan suami isteri itu kemudian menunjukkan seutas tali kasut yang ditemui keluar dari kemaluan isterinya.

@mrzahidzulkafli_ Sihir Menggunakan Tali Kasut #sihir #ustazariffinayob #ustazariffinayub #mrzahidzulkafli_ #santau #talikasut #foryoupage #fypシ #fypシ゚viral #fyoupage #fyp ♬ Music Islami – R22 Music


Ini kisah benar, minggu lepas di Pulau Pinang saya (pergi) berubat. Tali kasut warna hitam macam ni tubik (keluar) ikut kemaluan.

“Nak khabar ni banyak akhir zaman ni, sihir. Astaghfirullahalzim,” kata Ustaz Ariffin.

Tambah ustaz itu lagi, ketika dia melakukan perubatan Islam terhadap wanita itu, individu berkenaan dikatakan sedang hamil lapan minggu.

Namun apa yang peliknya adalah perut wanita itu kelihatan lebih besar atau tertonjol daripada kebiasaan. Setelah keluarnya tali kasut itu, perutnya kelihatan leper dan normal seperti wanita yang hamil di awal kandungan.

Bila sebut dengki, hasad khianat, sanggup buat sihir. Anak yang tak bersalah dalam kandungan menjadi mangsa.

“Saya minta bertaubatlah siapa yang terlibat dengan sihir ni, taubatlah sebelum mati. Jangan main-main bab sihir ini. Antara benda yang Allah laknat,” katanya lagi memberi peringatan.

Video berkenaan telah mendapat pelbagai respon netizen yang mengakui pernah melalui azabnya terkena sihir, malah apa yang keluar dari badan mereka lebih teruk daripada apa yang dialami pasangan suami isteri tadi.

Diharapkan pelaku sihir ini bertaubatlah dan memohon keampunan bukan sahaja kepada Allah tetapi kepada orang yang mereka sihirkan itu.

BACA: