Tandas awam ‘ala syurga’ di Kelantan

Tandas awam ‘ala syurga’ di Kelantan

Tandas awam di sebuah stesen minyak di Melor Kota Bharu Kelantan telah dihiasi dengan hiasan dan kemudahan yang luar biasa, dan dipanggil sebagai ‘Tandas Awam Ala Syurga’.

Menerusi laman Sinar Harian, tandas kayangan itu dibina oleh Datuk Dr Ahmad Omar, pemilik stesen minyak Melor untuk kegunaan orang ramai.

Berkonsepkan moden dan kayangan

Tandas awam 'ala syurga' di Kelantan

tandas awam

Tandas kayangan ala syurga ini dibina khas oleh Ahmad dengan berkonsepkan moden dan kayangan. Ahmad pernah dikecam oleh orang luar mengenai tandas yang dibina, namun kecaman tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk terus membuat kebajikan dan memberi manfaat kepada orang ramai.

Bukan sahaja hiasan cantik direka khas di tandas kayangan ini, namun, Ahmad menyediakan penghawa dingin, pemanas air, televisyen dan juga meja solek. Ianya seolah bukan lagi tandas, tapi seperti sebuah bilik. Ukiran keemasan di pintu tandas ini menjadi tarikan kerana ia kelihatan unik dan berbeza dari tandas awam yang lain.

tandas awam

tandas awam

Sesiapa sahaja dibenarkan untuk menggunakan tandas ini secara percuma. Ahmad membuat kelainan pada tandas ini kerana mahu mengubah persepsi orang ramai terhadap tandas awam.

Sebelum ini, kita dididik dengan pemikiran tandas awam adalah tempat yang kotor dan tidak terjaga. Jadi kelainan ini saya buat untuk memberi kebajikan kepada orang ramai dan pemikiran negatif tersebut kita boleh hakis dari masa ke masa.

Apa yang saya buat ini hanya untuk keselesaan pengguna. Walaupun pelik, tapi kelainan dia akan memberi kepuasan hati kepada pengguna.

Ahmad telah menghabiskan RM10,000 untuk membina tandas yang kelihatan seperti kayangan ini. Sudah pasti, ramai orang yang datang akan lebih selesa dan tenang untuk masuk ke tandas ini.

Memang lain dari yang lain la tandas ala syurga ni. Sampai tempat bancuhan kopi dan meja solek pun ada. Semoga mereka yang datang ke tandas ini tidak merosakkan harta benda yang telah disediakan.

BACA JUGA : Sah !!! UMNO akan bersama PAS di PRN Melaka
Facebook rasmi tukar nama kepada Meta

CATEGORIES