Taubat lepas di kompaun DBKL, Restoran akhirnya akur guna papan tanda Melayu sepenuhnya

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Salah satu daripada lima restoran di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur, yang dikenakan kompaun oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini

atas kesalahan berhubung papan tanda, sedang mempertimbangkan untuk menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya pada papan tanda baru mereka.

Menurut sumber, pengurusan Restoran Chen Jiuru Beef Noodles akur dan bersedia menukar papan tanda premis mereka

Bagi mematuhi peraturan kerajaan. Papan tanda baru tersebut akan dibuat dalam masa terdekat dan mungkin akan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.

“Kami sedang membuat papan tanda baru. Kami mungkin akan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya,” kata sumber yang tidak mahu didedahkan identitinya.

Taubat lepas di kompaun DBKL, Restoran akhirnya akur guna papan tanda Melayu sepenuhnya

Selain itu, sumber lain turut menyatakan bahawa Restoran Steam Era Seafood Steamboat juga bersetuju untuk menukar papan tanda mereka selepas dikenakan kompaun, namun perubahan itu akan diatur oleh pihak pengurusan syarikat.

Restoran Shu Xiang Hotpot juga akan menyesuaikan papan tanda mereka mengikut peraturan kerajaan. “Kami sedang mereka bentuk papan tanda baru.

Akan ada tulisan Cina, tetapi saiz tulisan Melayu akan lebih besar daripada tulisan Cina,” kata seorang sumber yang enggan didedahkan identitinya.

BACA: Selepas Tentera Laut China, Tentera Laut Rusia pula masuk berkampung di Malaysia