Tayar lori tak stabil, lelaki nekad tahan lori, rupanya tayar tinggal 1 skru!

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Sebuah video lama yang dimuat naik pada Oktober lalu kembali tular, memaparkan sebuah lori dengan tayar hampir tercabut ditahan oleh seorang individu di lebuh raya.

Kejadian ini mendapat perhatian ramai selepas tragedi yang meragut tujuh nyawa di Kilometer 204.0

Lebuhraya PLUS arah utara di Melaka pada Isnin lepas, dipercayai berpunca daripada tayar lori yang tercabut.

Video tersebut, yang dikongsi oleh Rulamrul Advansado di Facebook, menunjukkan

seorang lelaki bertindak menahan lori setelah menyedari tayarnya hampir tercabut.

Tayar lori tak stabil, lelaki nekad tahan lori, rupanya tayar tinggal 1 skru!

“Saya tahan sebab nampak tayar lori itu dah tak stabil. Bila periksa, rupanya tayar itu hanya ada satu skru sahaja.

“Dia cuba memotong (kenderaan lain), tapi saya sekat habis. Kalau tayar tercabut, apa akan jadi? Banyak nyawa boleh diselamatkan dengan tindakan ini,” katanya dalam video berkenaan.

Video itu telah mendapat lebih 1.7 juta tontonan, 39,000 tanda suka, dan 5,000 komen daripada pengguna media sosial.

Seorang pengguna Facebook, Shaharuddin Ismail, memuji tindakan lelaki tersebut. “Tahniah Bro. Insya-ALLAH, ganjaran besar menantimu,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Wan Azhar, turut menyampaikan rasa terima kasih atas tindakan pantas lelaki itu yang berjaya menyelamatkan nyawa orang lain.

BACA: Suami terus keluar rumah tak balik-balik lepas aku tanya betul ke gambar lelaki dalam selimut dengan wanita lain tu dia