“Teman isteri di ofis, aku ternampak folder ‘loving u’ dalam PC dia, senyap-senyap aku buka, berderau jantung aku bila lihat gambar”

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Saya baru saja berkahwin, tak sampai dua bulan. Tetapi macam-macam dugaan yang berlaku.

Kami perkahwinan jarak jauh (PJJ), dia kerja di selatan dan saya kerja di pantai timur.

Saya ambil cuti tiga hari untuk bercuti bersama-sama isteri.

"Teman isteri di ofis, aku ternampak folder 'loving u' dalam PC dia, senyap-senyap aku buka, berderau jantung aku bila lihat gambar"

Pada hari ketiga, ketika saya sedang menemani isteri di pejabat dia, saya tergerak hati untuk meminjam dan menggunakan komputer dalam pejabat isteri.

Saya ternampak satu folder ‘Loving U’. Dengan perasaan ingin tahu dan teruja sebab menyangka dalam folder itu gambar saya dan isteri, saya buka.

Ternyata sangkaan saya meleset sama sekali apabila melihat gambar lelaki yang tak dikenali memeluk erat isteri dan banyak gambar tak senonoh. Gambar paling terbaru, seminggu sebelum kami nikah. Apa yang saya mampu ucapkan hanyalah ‘Allahuakbar’.

MENGEJUTKAN!! Ternampak FOLDER “LOVING U” Dalam Komputer ISTERI.. Sangka Ada GAMBAR Saya & Isteri.. RUPA-RUPANYA!!! ~ cute mute

Sejurus selepas itu, saya terus memanggil isteri.

“Sayang, apa ni?”

Dia terdiam dan memang kami bertekak mulut. Tetapi saya tidak memukul, menampar atau menyentuh dia dengan kasar. Saya akui saya memang marah pada ketika itu walaupun saya bukan jenis yang suka marah. Saya marah sangat-sangat sehingga saya menendang pintu almari sampai kemek pintunya.

Isteri pula gundah gulana dan serba salah. Saya tenangkan diri dan meminta penjelasan darinya. Dia cerita bahawa lelaki itu adalah teman lelaki baru dia dan gambar-gambar tak senonoh itu semua adalah sebelum kahwin.

Selama ini dia menipu saya. Dia kata pergi bercuti dengan kawan perempuan, rupanya dia keluar dengan lelaki itu. Hancur luluh hati saya bila terkenang gambar-gambar itu. Saya hanya mampu menangis semahu-mahunya.

Saya tanya dia lagi, dia mengaku yang dia masih menghubungi lelaki itu tetapi tidak pernah berjumpa lagi semenjak sudah berkahwin. Dia dalam dilema, dia sayangkan lelaki itu tetapi dia berkahwin dengan saya sebab saya sudah kenal keluarga dia.

Saya dan isteri sudah kenal dan bercinta lima tahun. Sedangkan dia dengan teman lelaki dia itu baru kenal, tak sampai setahun. Ikutkan hati, memang saya mahu pecah-pecahkan muka lelaki itu. Tetapi apa yang saya dapat? Kepuasan? Lepas amarah?

Selepas kejadian itu, saya diam seribu bahasa sehingga ke malam sebelum dia menghantar saya ke terminal bas untuk pulang ke pantai timur. Dalam perjalanan ke terminal, saya bertanya,

“Jadi, macam mana dengan hubungan kita?” dengan nada perlahan dan sebak.

“Entahlah. Ikut abanglah macam mana,” jawab isteri.

Memang keluar semahu-mahunya air mata jantan ini. Saya setia dengan dia selama lima tahun sehingga diijabkabulkan. Tak pernah ada nama lain dalam ruang hati saya, hanya isteri saja yang bertakhta di hati.

Walaupun dia degil, keras kepala tetapi saya tetap tahu yang satu hari nanti dia boleh berubah dan saya akan mengubah dia. Memang saya takkan mencerraikan dia sebab tujuan saya bernikah adalah untuk mengubah dan membimbing dia ke jalan yang benar. Itu niat saya nikah lillahitaala.

Selepas dia berkata begitu, saya bertanya lagi.

“Do you love that guy?”

“I don’t know…” jawabnya.

“Please sayang, lupakan dia dan kita fokus pada hubungan kita?”

“Abang nak sayang lagi walaupun abang tahu macam mana sayang?” soalnya.

“Yes! I always wanted you. Abang sentiasa sayangkan sayang. Abang tak ada orang lain dah selain sayang. Kesilapan sayang sebesar mana pun, abang maafkan. Apa jua kesalahan yang sayang buat, abang akan maafkan.

Tetapi abang nak sayang tahu payah dalam dunia ini untuk mencari perempuan macam sayang,” jawab saya pada soal dia. Lima tahun saya bersama dengan dia, saya tahu sifat-sifat dia, sikap dia, manja dia, rajuk dia.

Saya nampak both side of her now and I choose to remain beside her and saya sebagai suami akan membimbing dia agar tidak terus berdosa. Kadang-kadang, entahlah.

Saya pun terfikir macam mana Allah boleh bagi saya setenang mungkin untuk tidak memukul isteri, saya mampu memaafkan dia, berikan peluang kedua dan tak ceraikan dia.

Mungkin sebab saya sayang dia sangat-sangat dan niat saya berkahwin dengan dia. Tetapi dia tidak tahu, dia tak nampak semua itu. Sekarang, Alhamdulillah, saya dah ajak isteri solat taubat dan dia pun sudah bersungguh-sungguh meminta maaf pada saya.

Doakan saya berjaya untuk bercinta kali kedua dengan isteri saya selepas bernikah.

Jadi, dayuskah saya bila saya tak buat apa-apa, sekadar berperang mulut dan nasihatkan isteri saja?

Saya cuma anggap ini dugaan dalam rumah tangga saya.

BACA: Anak Hamid Gurkha dakwa penerbit buat senyap tak bayar baki gaji lepas ayahnya meninggal dunia