Bagi saya, tak wajarlah Jabatan Hutan mengenakan caj untuk sebarang gajet fotografi walaupun ianya untuk tujuan komersial.
Viewpoint Wang Kelian ni pun mula dikenali dan terserlah potensi pelancongannya disebabkan sekumpulan
peminat fotografi alam yang berjaya merakamkan suasana indah awan karpet dari atas puncak tersebut.
Jangan dinafikan sumbangan Viewpoint ini sebagai daya tarikan utama orang mengenali Perlis dan terasa ingin berkunjung ke sini.
Kerana ada produk pelancongan seperti Viewpoint inilah Tahun Melawat Perlis 2024 dapat direalisasikan.
Semua ini bertitik tolak daripada hasil gambar dan editing hebat jurugambar seperti tuan Aidil dan rakan², yang sanggup mendaki sebelum Subuh dan lepak di kawasan yang masih menjadi tempat jin bertendang lagi pada masa tu.
Lihat sahaja sebahagian kecil hasil gambar beliau di Wang Kelian.
Hasil gambar daripada DSLR takkan sama dengan hasil daripada smartphone.
Jiwanya berlainan, perspektifnya berbeza dan rohnya ada.
Jangan ingat hasil gambar mereka ini tiada kesan besar dalam menarik pelancong ke Perlis.
Kesannya jauh lebih besar daripada sekadar melihat gambar daripada smartphone.
Bagi saya caj sebegini hanya memberi imej negatif kepada usaha Tahun Melawat Perlis tahun ini.
Saya faham Jabatan Hutan di Perlis mungkin ada KPI untuk menambahkan pendapatan jabatan.
Perlis memang takde balak untuk ditebang dan menjana pendapatan seperti di negeri² lain, jadi mungkin KPI dan income tu tak selebat di negeri lain.
Pokok² jati yang ditebang dan dijual sebelum ini tak pastilah menjadi pendapatan jabatan atau anak syarikat kerajaan negeri.
Tapi kalau concern itu yang memaksa Jabatan Hutan untuk mengenakan caj, saya rasa tak wajarlah.
Lagipun bukannya kita tak tahu yang pembangunan infrastruktur untuk produk pelancongan seperti di Viewpoint Wang Kelian ini boleh mendapat peruntukan daripada Tourism Malaysia.
Kalau perlu untuk maintain kebersihan, caj masuk ke atas Viewpoint pun sudah dibuat.
Kalaulah itu pun tak cukup, saya cadangkan Exco dan kerajaan negeri boleh approach syarikat korporat seperti Petronas dan Sime Darby.
Mereka ada peruntukan sumbangan untuk tujuan ESG (Enviromental, Social and Governance).
Cuba buat paperwork bagi kemas² dan pitch yang terbaik kat mereka. InsyaAllah ada dana tahunan yang mereka boleh sumbangkan.
Jadi tak perlulah nak dicaj kepada pelancong lagi.
Kredit : Ezreen Muhaizie Marzukhi
BACA: Amalan beli undi persis parlimen Kuala Terengganu jadi ikutan PRU Indonesia?