Kalau di Malaysia, pasti anda pernah menghadiri perkahwinan yang mengamalkan adat ‘tol’ di negeri Johor, di mana keluarga pengantin
dikenakan bayaran untuk memasuki majlis, dan terdapat juga yang menghulurkan duit syiling kepada kanak-kanak, serta pelbagai lagi tradisi.
Kini, sebuah pasangan pengantin di Madura, Jawa Timur menjadi viral kerana menerima kalungan wang kertas sehingga meliputi leher pengantin.
Video yang dimuat naik oleh jurusolek pengantin tersebut di TikTok telah mendapat lebih 1.5 juta tontonan, dengan lebih dari 65 ribu tanda suka dan lebih 2 ribu komen dari pengguna aplikasi tersebut.
Pasangan tersebut dikalungkan dengan wang kertas bernilai Rp50 (RM15) dan Rp100 (RM30), yang merupakan tradisi di kawasan tersebut
sebagai bentuk hadiah kepada pengantin. Mengikut komen, amalan mengalungkan wang kertas pada pengantin adalah biasa di kalangan penduduk tempatan dan bukanlah sesuatu yang luar biasa.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jumlah kalungan yang diberikan oleh saudara-mara dan rakan taulan pengantin tersebut, seperti yang dinyatakan oleh pemuat naik video yang juga merupakan jurusolek dan juruhias pelamin pengantin.
Beliau juga menjelaskan bahawa acara tersebut berlangsung pada awal November di desa Buluk Agung, Kecamatan Klampis, Bangkalan, Madura. Selain itu, kalungan wang juga akan dibalas dengan cara yang sama jika ada rakan atau saudara-mara yang memberikannya.