Puteri Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Tengku Ampuan Pahang, T
unku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, iaitu Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, bersama FD Idzham FD Iskandar,
akan melangsungkan perkahwinan mereka dalam satu majlis penuh gilang-gemilang yang akan diadakan dari 22 hingga 25 Ogos 2024.
Istiadat Diraja yang merangkumi akad nikah, berinai, dan bersanding akan berlangsung selama tiga hari, iaitu pada 22, 23, dan 25 Ogos, bermula pada pukul 8 malam.
Semua istiadat tersebut akan disiarkan secara langsung melalui dua skrin besar di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan satu lagi di Tasik KotaSAS.
Biodata FD Idzham
Nama penuh: Fateh Idzham bin Fateh Iskandar
Nama komersial: FD Idzham
Umur: 27 tahun (2024)
Tarikh lahir: 18 April 1997
Keluarga: Anak sulung daripada enam orang adik beradik
Pendidikan: Kelulusan daripada Imperial College London
Pekerjaan: Ahli Perniagaan
Latar Belakang
FD Idzham merupakan seorang usahawan muda yang dilahirkan dalam keluarga yang cukup disegani dalam dunia perniagaan. Beliau merupakan anak kepada Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor (bapa) dan Datin Seri Hafizah Zakaria (ibu).
Datuk Seri FD Iskandar, yang juga dikenali dengan nama sebenarnya, Fateh Iskandar Mohamed Mansor merupakan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat Glomac Berhad.
Datuk Seri FD Iskandar adalah anak kepada Tan Sri Dato’ Mohamed Mansor bin Fateh Din, menambah lagi prestij kepada latar belakang keluarga mereka.
Karier FD Idzham melibatkan pelbagai sektor seperti hartanah dan runcit. Berbekalkan pengalaman sebagai bekas Pegawai Bank Pelaburan di Bahagian Perkhidmatan Pelanggan di Maybank Investment Bank Berhad, FD Idzham kini memegang jawatan penting sebagai Ketua Kumpulan Pembangunan Perniagaan & Strategi Korporat di Glomac Berhad.
Sebelum ini, beliau turut pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan di Vacas Glo Sdn Bhd dan Pengarah di MakaMakan Sdn Bhd, menambah lagi pengalaman luasnya dalam dunia perniagaan.
Fakta Menarik
1. Beliau bukan sahaja seorang usahawan yang berjaya, malah juga individu yang mempunyai minat dalam sukan dan aktiviti lasak.
Antara minatnya termasuklah menunggang motosikal, yang mana beliau sering kali melakukan pengembaraan di atas dua roda. Beliau juga gemar menunggang kuda dan merupakan seorang penyelam penyelamat bertauliah.
2. Sukan ragbi menjadi satu lagi lapangan di mana FD Idzham menunjukkan bakatnya, dengan beliau bermain untuk kelab ragbi terkenal, Saracens F.C. di London, England.
3. Beliau juga aktif dalam lapangan sukarelawan. Beliau merupakan duta kepada Rumah Aman Children’s Home.
4. Selain itu, FD Idzham turut dikenali kerana pernah dilaporkan bercinta dengan Ameera Khan, adik kepada selebriti terkenal Neelofa, walaupun hubungan mereka tidak berkekalan lama.
Pendidikan
Cempaka Schools Malaysia (2003 – 2009)
Kolej Tuanku Ja’afar (KTJ) (2009 – 2011)
Stanbridge Earls (2011 – 2013)
St Lawrence College (2013 – 2015)
Collingham College (2015 – 2016)
A-Levels Psikologi, Perniagaan, Fotografi & Politik
Middlesex University (2016 – 2019)
Ijazah Sarjana Muda Sastera – Kewangan Perniagaan dengan Pemasaran
Imperial College Business School (2019 – 2021)
Sarjana Sains – Inovasi, Keusahawanan & Pengurusan
Pengalaman Pekerjaan
Pengarah Urusan di Vacas Glo Sdn Bhd
Pengarah di MakaMakan Sdn Bhd
Ketua Runcit di Glo Damansara Shopping Mall
Pengurus Kanan, Operasi Kumpulan di Glomac Berhad
Perkhidmatan Pelanggan, Perbankan Global Kumpulan di Maybank Investment Banking Group
Bendahari dan Ahli Jawatankuasa di REHDA Selangor
Ketua Kumpulan Pembangunan Perniagaan & Strategi Korporat di Glomac Berhad