Sebelum ini, tular khabar angin mengenai Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan ketua bahagian UMNO Kota Raja,
Beliau yang dikatakan bakal menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Terbaru, Tengku Zafrul telah mengeluarkan kenyataan media
bagi menjawab segala persoalan yang timbul, termasuk perbincangannya dengan PKR dan kemungkinan beliau menjadi calon Menteri Besar SelangorByang baru.
Tengku Zafrul menegaskan bahawa beliau tidak membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.
Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui terdapat perbincangan awal, Tengku Zafrul mengakui terkejut dengan kenyataan tersebut.
Beliau juga mendakwa tidak menerima sebarang panggilan daripada pucuk pimpinan UMNO untuk bertanyakan isu ini, meskipun perkara tersebut telah menjadi bualan ramai.
Dalam kenyataan di Facebook rasmi beliau, Tengku Zafrul berkongsi bahawa beliau terjun ke dunia politik selepas meninggalkan sektor korporat kerana percaya bahawa sebagai anggota pentadbiran kerajaan, beliau dapat memberi sumbangan yang lebih besar kepada rakyat dan negara. Beliau juga berkata bahawa matlamat utamanya adalah untuk menyumbang kepada agenda pembangunan negara.
Tengku Zafrul turut menyatakan bahawa beliau percaya rakyat Malaysia sudah muak dengan politik yang tidak sihat dan penuh dengan kontroversi. Beliau juga mendakwa UMNO Selangor masih terperangkap dalam isu-isu negatif seperti serangan belakang tabir dan agenda “cah keting”. Menurutnya, apa yang rakyat mahu adalah politik yang membina dan usaha bersama untuk membangunkan negara, bukan politik ekstrem.
Mengakui pernah berbincang dengan PKR, Tengku Zafrul menegaskan bahawa dalam perbincangan tersebut, tiada sebarang perbincangan mengenai jawatan di peringkat negeri atau pilihan raya kecil.
Sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, beliau menegaskan bahawa fokus utamanya kini adalah mengenai dasar yang memberi manfaat kepada rakyat, dan bukan politik yang menghancurkan.
BACA :31 tahun kahwin, nenek terpaksa layan batin suami walau dah hilang rasa