Tengku Zafrul kata Bajet 2023 kena bentang semula jika bubar dewan

Tengku Zafrul kata Bajet 2023 kena bentang semula jika bubar dewan

Tengku Zafrul kata Bajet 2023 kena bentang semula jika bubar dewan. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan Bajet 2023 perlu dibentang semula sekiranya pembubaran Parlimen berlaku sebelum bajet berkenaan diluluskan di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, situasi itu sama seperti mana yang pernah berlaku pada tahun 1999 yang mana Rang Undang -Undang (RUU) itu tidak diluluskan bagi memberi laluan kepada pilihan raya ketika itu.

“Sepatutnya soalan ini ditanya kepada Perdana Menteri tetapi merujuk kepada apa yang berlaku (jika Parlimen bubar sebelum bajet diluluskan), prosedurnya sama seperti tahun 1999.

“Saya kena jelaskan ini supaya semua orang jelas dengan proses itu tetapi apa sekali pun jawapan itu seharusnya diajukan kepada Perdana Menteri,”katanya ketika sidang akhbar di Pusat Media Parlimen di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah Bajet 2023 akan dibentang semula sekiranya Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat ini.

Tengku Zafrul kata Bajet 2023 kena bentang semula jika bubar dewan

Isu pembubaran Parlimen hangat diperkatakan ketika ini susulan UMNO dilihat mahukan supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan segera bagi memberi laluan kepada rakyat memilih parti yangd ingini mereka untuk mentadbir negara.

Ketika ini, kerajaan Keluarga Malaysia yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disokong oleh Perikatan Nasional (PN).

BACA:

Influencer nak cium mulut isteri depan member bujang jadi tular

Bajet 2023: Penjawat Awam dapat durian runtuh

Benjamin Mora kini jurulatih Atlas FC, bukan lagi JDT

CATEGORIES