Teo terima sumbangan 200 bungkus bihun untuk agihan Parlimen Kulai

Teo terima sumbangan 200 bungkus bihun untuk agihan Parlimen Kulai

Terima kasih diucapkan kepada Vermi Industries Sdn Bhd yang telah sekali lagi menyumbang 200 bungkus mee hoon yang berberat 4.8kg sebungkus untuk Program Sumbangan PKP Covid-19 anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kulai.

Walaupun kebanyakan warga Kulai sudah bermula kerja dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, program sumbangan masih akan diteruskan untuk meringankan beban golongan yang memerlukan di kawasan Kulai.

Setakat hari ini, kami telah membantu seramai 2,175 buah keluarga yang kurang mampu di Kulai melalui Program Sumbangan COVID-19.

Pihak kami juga mengalukan sumbangan daripada pihak tuan-tuan dan puan-puan yang ingin turut serta membantu. Jika ingin menyalurkan sumbangan berbentuk keperluan makanan boleh terus hubungi hotline kami di talian 016-9481126, atau berbentuk wang tunai boleh disalurkan ke:-

501105416518 (Maybank)
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kulai

501105416518 (Maybank)
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kulai

Sumber: