Keunggulan Piramid Giza yang megah berdiri selama kira-kira 4,000 tahun di Mesir tidak perlu diperkenalkan lagi
kerana ia diiktiraf sebagai salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia Purba.
Selain sering diselubungi misteri, ketinggiannya yang mencapai 146.6 meter menimbulkan pelbagai persoalan
Mengenai pembinaannya, yang masih cuba dirungkai sehingga hari ini.
Namun, piramid ini tidak terlepas daripada insiden menarik setiap tahun, dengan ratusan individu tidak bertanggungjawab
Ada yang cuba mendaki binaan tersebut walaupun kerajaan negara berkenaan telah mengharamkannya.
Kelibat anjing di puncak Piramid Giza buat orang ramai rasa pelik
Namun, timbul satu kisah aneh baru-baru ini apabila seorang peminat sukan luncur layar bermotor atau paramotor merakam kehadiran seekor anjing liar di puncak piramid tersebut.
Perkara ini mula tular di media sosial selepas pelancong, Alex Lang, yang berada berhampiran puncak binaan itu, memaklumkan bahawa anjing tersebut sedang bermain-main dengan beberapa ekor burung.
“Seingat saya, anjing itu sedang menyalak terhadap burung-burung itu,” katanya menurut laporan antarabangsa, di mana orang ramai berasa kagum dengan keazaman haiwan tersebut untuk mendaki ke puncak.
Malah, ada juga yang merasa khuatir tentang keselamatan anjing tersebut yang mungkin tidak dapat turun dengan selamat, sehingga boleh menyebabkan kecederaan serius atau kematian.
Beberapa pengguna media sosial turut mempersoalkan tahap kawalan pihak keselamatan yang ditugaskan menjaga Piramid Giza kerana gagal menghalang kehadiran haiwan itu.
Kerajaan Mesir sebelum ini telah mengisytiharkan bahawa sebarang percubaan untuk mendaki binaan tersebut adalah satu jenayah, dan pelaku boleh dikenakan denda antara 10,000 pound Mesir (EGP) atau RM883.37 hingga 100,000 EGP (RM8,833).
Baca Lagi:Selain ajaran sesat, ini jenayah terancang GISBH jadi punca 20 ahli ditangkap