Terbongkar ‘Pintu misteri’ yang ditemui di Antartika rupanya

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Satu ‘pintu misteri’ telah ditemui di Antartika, di bahagian tenggara pos penyelidikan Stesen Showa

Ada yang dikendalikan oleh Jepun, lapor portal berita MailOnline semalam.

Pengguna-pengguna internet yang peka melihat ‘pintu’ itu, yang kini menjadi topik teori konspirasi.

Terdapat beberapa spekulasi bahawa ia mungkin merupakan rumah percutian Bigfoot atau lokasi pesawat angkasa lepas seperti dalam filem ‘Star Trek’

Seorang pengguna platform Reddit yang melihat struktur tersebut memberikan komen: “Pintu besar di Antartika?”

Terbongkar ‘Pintu misteri’ yang ditemui di Antartika rupanya

“Mungkin ia hanya pintu (pesawat) Boeing yang diterbangkan,” tulis seorang netizen lain, merujuk kepada nahas udara yang melibatkan sebuah pesawat Boeing pada Januari lalu.

Mengulas mengenai penemuan itu, Pakar Glasiologi di Universiti Newcastle, Profesor Bethan Davies berkata: “Ia adalah gunung ais yang menjadi tanah dan kini tersekat serta mencair di situ.”

Baca Lagi:Bukan sahaja menjadi pagar makhluk halus, garam juga mampu rawat penyakit kronik