Dengar macam pelik tapi benar terjadi, ratusan ibu telah mencuba nasib dalam pertandingan menangis untuk merebut gelaran juara.
Pertandingan ini diadakan di Tegal, Jawa Tengah, Indonesia, di mana semua peserta pada awalnya
kelihatan gembira ketika berkumpul di hadapan khemah di Taman Purba Wahana.
Namun, selepas wisel dibunyikan, mereka mula menangis teresak-esak.
Menurut laporan tvonenews, pertandingan yang dianjurkan oleh unit pelancongan setempat
terpaksa mengehadkan jumlah penyertaan. Walau bagaimanapun, jumlah peserta meningkat dan melebihi kuota yang ditetapkan.
Selain hadiah untuk juara hingga tempat ketiga, wang tunai turut diberikan kepada 20 peserta yang berjaya menangis.
BACA: ‘Barang kawe, duit demo’ Selipar ‘jamban’ dijual pada harga RM68,889