“Tergamak korang buat ayah macam ni? Mana hati dan iman? Anak jenis apa korang ni? Rupanya ini kerja abang”

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Begitulah yang dilalui wanita ini apabila dia menyedari bapanya yang sudah lanjut usia dibiarkan terkontang-kanting di tingkat bawah kediamannya.

Menurut Anita atau Ceqta, dia hanya menyedari kehadiran warga emas itu selepas dimaklumkan oleh pengawal keselamatan pada petang 23 Mac lalu.

“Kami ada empat beradik. Tiga lelaki, seorang perempuan. Tanpa pengetahuan aku, 1 Ramadan, 5.30 petang, pengawal keselamatan ketuk pintu rumah aku.

Wajah sayu warga emas itu yang meruntun hati netizen.

“Pengawal beritahu ayah kamu ada dekat bawah sudah hampir sejam. Dua lelaki (abang) cakap nanti anak perempuan (saya) akan turun ambil,” ujarnya memulakan cerita.

“Tergamak korang buat ayah macam ni? Mana hati dan iman? Anak jenis apa korang ni? Rupanya ini kerja abang”

Menurut Ceqta, dia terkilan dengan tindakan dua abangnya kerana sanggup ‘membuang’ bapa mereka dengan cara sedemikian rupa.

“Tergamak korang buat ayah macam ni? Mana hati dan iman korang? Anak jenis apa korang ni? Mentang-mentang ayah tengah sakit.

“Ayah strok, tak boleh jalan, pakai lampin pakai buang, kau buang ayah macam ni je? Mana iman korang? Mana otak waras korang? Sihat tubuh badan, naik atas bincang baik-baik, letak ayah baik-baik kat rumah aku, bukan campak macam ni.

Allahuakhbar, akhir zaman… hilang pertalian pun aku sanggup tapi bukan hilang orang tua.

“Ni orang tua, yang lahirkan kita, yang jaga kita sampai dah besar panjang. Tapi macam ini korang balas jasa ayah. Allahuakhbar, akhir zaman. Hilang pertalian pun aku sanggup, tapi bukan hilang orang tua,” luah Ceqta lagi.

Di aplikasi TikTok, Ceqta turut memuat naik video, memaparkan bapanya yang sedang duduk menunggu bersama sebuah beg pakaian di bawah kawasan kediamannya.

Tambah Ceqta, dia tidak berniat untuk mencari publisiti, sebaliknya berharap ramai yang akan mengambil iktibar daripada kejadian itu.

ayah3

“Aku kongsi kisah hidup aku bukan sebab nak viral. Cuma aku mohon anak-anak yang masih ada orang tua, hargailah selagi mereka masih ada.

“Jangan menyesal apabila orang tua kita dah tak ada nanti. Aku mohon yang tengok video TikTok ni, doakan kesihatan aku untuk berbakti pada ayah,” ujarnya.

Video yang dikongsi Ceqta menerusi TikTok pada Rabu meraih lebih 700,000 tontonan dan turut dihujani komen beremosi netizen.

“Sis jangan nangis. Bergembiralah, pintu syurga untuk dirimu.

ayah3

Netizen meluahkan rasa sedih terhadap apa yang berlaku ke atas warga emas itu.

“Kalaulah syurga neraka boleh nampak, tak ada manusia berani buat dosa.

“Ya Allah luluh hati tengok video ni, teringat arwah ayah,” tulis beberapa netizen.

Sebagai peringatan bersama, anak-anak seharusnya merebut peluang untuk berbakti kepada orang tua selagi diizinkan Allah.

Allah SWT berfirman dalam al-Quran bermaksud: “Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.

“Jika salah seorang daripada kedua-duanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (Surah al-Isra’, ayat 23)

BACA:“Sebenarnya ayah dah ada dua isteri, kahwin senyap-senyap, walaupun ayah tinggalkan kami, ibu tak pernah mengeluh besarkan kami”