Terima kasih Jalil kerana mengajar hidup berprinsip

Terima kasih Jalil kerana mengajar hidup berprinsip

Saya mendapat tahu berita perletakan jawatan Jalil Rasheed selaku CEO PNB ketika pelancaran OURFARM petang semalam.

Speechless but expected. And I feel really sad.

Saya tidak pasti apakah mahu golongan professional muda di dalam dan luar negara sekiranya kerajaan memerlukan khidmat mereka.

Yang rugi adalah kita.

Sebab itu saya sedih.

Saya sedih bukanlah kerana beliau merupakan anak muda yang dilantik ke jawatan tinggi. Tua atau muda, itu perkara kedua.

Sebaliknya saya sedih kerana PNB sedang dalam proses ke arah leadership dan culture yang progressive.

Lebih penting, culture ini turut diterapkan ke dalam tadbir urus yang bagus terutama dalam membuat keputusan pelaburan dan hala tuju syarikat-syarikat di bawah PNB.

Antaranya adalah memastikan skill set director bagi syarikat di bawah PNB adalah bertepatan dengan nature business mereka.

Sekarang ini terdapat direktor lantikan PNB yang sama ada sudah terlalu lama ataupun terlalu banyak directorship mereka di syarikat-syarikat public listed. Bagaimana mahu fokus?

PNB ingin ubah situasi ini.

Itu satu.

Yang kedua Jalil dan TS Zeti (Pengerusi PNB) juga ingin syarikat-syarikat di bawah PNB mempunyai KPI 3 tahun yang mana setiap tahun sesi KPI review akan dibuat.

Ini meningkatkan akauntabiliti dan kredibiliti syarikat tersebut. Lebih penting, pihak pengurusan akan lebih result-driven.

Dulu shareholder (baca: PNB) agak pasif, now no more. They want to play an active role.

Ketiga, sebagai CEO PNB sudah pastilah begitu banyak proposal dan deal yang dicadangkan kepada PNB.

Ada yang bagus dan tidak kurang juga yang cuba ‘cekik darah’ .

Pernah sekali ada cadangan supaya PNB melabur ke dalam aset sebuah syarikat konglomerat dan tidak cukup dengan itu, PNB perlu beri kontrak menguruskan aset tersebut kepada konglomerat itu pula.

Deal itu tidak berjaya kerana PNB stood firm.

Ini menjadi contoh kepada yang lain untuk tidak semberono setuju dengan proposal yang sampai. Walaupun dari ahli politik.

Dari segi culture, saya ingat lagi pertama kali saya bertemu dengan Jalil, beliau cakap PNB terpaksa mengubah code of conduct kerana top management PNB wajib bersuit dan bertali leher apabila ada acara rasmi.

Beliau tetap dengan gaya tersendiri yang hanya mahu berpakaian batik kerana kita tinggal di negara tropika.

Sebenarnya itu juga lah kan yang kita selalu cakap- don’t judge a book by its cover. Janji kerja tip top. Cuma, berapa ramai yang ada balls walk the talk? Jalil salah seorang.

Dahulunya lif untuk CEO akan dikhaskan di bangunan PNB. Tetapi amalan ini dihentikan kerana bagi beliau itu tidak effisien.

Baru-baru ini pun selepas MCO, PNB adalah organisasi pertama yang memperkenalkan Work From Home (WFH) sebagai suatu cara kerja baru even after Covid-19.

Sebenarnya ini sudah pun mula diamalkan di negara maju. Now, PNB dah start.

Saya percaya banyak lagi kisah menarik, terutama dari staff PNB tentang insan bernama Jalil Rasheed, anak pegawai Imigresen dari Raub.

Terima kasih Jalil kerana mengajar sedikit sebanyak tentang prinsip dan kepimpinan kepada orang muda dan orang lama.

Hidup ini, di akhirnya yang kita nak adalah boleh tidur lena di waktu malam.

In matters of style, swim with the current; in matters of principle, stand like a rock.

Sumber: