Terkejut Aliff Satar tengok Mufti Menk solat disebelahnya

Terkejut Aliff Satar tengok Mufti Menk solat disebelahnya

Terkejut Aliff Satar tengok Mufti Menk solat disebelahnya. Alif Satar tak sangka Mufti Menk solat di sebelahnya

Penyanyi dan pelakon, Alif Satar tidak menyangka dapat bertentang mata dengan pendakwah terkenal dari Zimbabwe, Ismail Menk atau Mufti Menk di Madinah, Arab Saudi.

Alif yang ketika itu menunaikan umrah bersama kumpulan The Locos bergegas ke masjid sebaik menonton Instagram ‘live’ pendakwah popular itu.

“Saya sedang tonton IG (Instagram) Live beliau dan terus berlari ke masjid untuk mencarinya. Saya tahu amat susah mencarinya dalam ‘lautan manusia’. Saya bertanya kepada pekerja pencuci di sana sama ada dia terjumpa Mufti Menk, tapi dia juga tidak pasti.

“Dalam hati saya berkata ‘Insya-Allah, jika ia rezeki saya, maka Allah akan makbulkan. Kemudian, dia muncul dan solat di sebelah saya. Allahuakbar! Senang sekali dapat berjumpa secara peribadi,” katanya.

Terkejut Aliff Satar tengok Mufti Menk solat disebelahnya

Alif turut mengucapkan terima kasih atas video-video ceramah Mufti Menk malah turut menitipkan doa buat pendakwah itu.

“Terima kasih atas video-video yang dihasilkan, yang membawa saya melalui masa sukar. Semoga Allah permudahkan segalanya untukmu. Amin,” katanya.

Alif turut memuat naik rakaman video yang memaparkan dia sedang berbual bersama Mufti Menk. HM

BACA:

Kecoh Ridhuan Tee ‘dibuang’ panel forum RTM, ini perkara sebenar berlaku

Menteri tegaskan iktiraf UEC bukan keutamaan KPM sekarang

SPRM gempur 8 agensi, 9 syarikat salahguna dana Covid-19

CATEGORIES