Terkejut bila tahu kumpulan nasyid ni ramai rupanya dari Al-Arqam

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Setelah kegiatan Global Ikhwan Sdn Bhd(GISBH) mendera kanak-kanak secara emosi dan fizikal

Ia didedahkan oleh beberapa individu, kali ini beberapa pendedahan nyata telah mengejutkan rakyat Malaysia.

Malahan perniagaan yang dikendalikan oleh Global Ikhwan Sdn Bhd(GISBH) ini juga berakar umbi dari ajaran sesat Al-Arqam.

Bekas-bekas pengikut al-Arqam ini turut bergiat dalam bidang seni suara melalui kumpulan-kumpulan nasyid.

Ia dibuktikan dengan kewujudan kumpulan nasyid yang amat diminati di negara ini iaitu Rabbani, Hijjaz dan juga Raihan.

Terkejut bila tahu kumpulan nasyid ni ramai rupanya dari Al-Arqam

Turut mengejutkan, kumpulan Al-Arqam membentuk dua kumpulan iaitu Nada Murni dan juga Al Zikr.

Difahamkan, ahli-ahli kumpulan Nada Murni berpecah membentuk Hijaz dan Rabbani manakala The Zikr pula membentuk Raihan.

Kumpulan nasyid ini didakwa pada mulanya hanya menyanyikan lagu ketuhanan seperti Rasulullah tanpa membawa ideologi al-Arqam dan pemimpinnya Ashaari Muhammad.

Namun semakin lama mereka mula mendedahkan kebenaran kumpulan itu dengan membawa lagu lagu seperti ‘Bila Abuya Pulang’ dan ‘Sajak Kematian’.

Pada tahun 1994, jemaah Al-Arqam dan Aurad Muhammadiah diharamkan oleh kerajaan dan kumpulan ini dibubarkan.

Baca juga:“Polis pencen mai melawat anak” Ibu serbu pusat snuker siap bawa ‘hanger’