Seorang pemandu teksi e-hailing berkongsi pengalaman seram dan cemas yang dialaminya apabila diminta menghantar jenazah ke suatu lokasi.
Menurut pemandu tersebut, pelanggan turut meminta agar jenazah tersebut diletakkan di tempat duduk hadapan
iaitu bersebelahan dengan pemandu. Alasan yang diberikan adalah kerana jenazah itu sudah kaku.
“Bayangkan pada pukul 12 tengah malam saya dapat pesanan seperti ini,” katanya di platform X.
Dia kemudian berkongsi tangkapan skrin perbualan mesej dengan pelanggannya.
Individu tersebut memohon bantuan daripada pemandu untuk membawa jenazah disebabkan tiada ambulans yang mahu menghantar di kawasannya.
Bagaimanapun, tidak diberikan maklumat mengenai lokasi penghantaran jenazah tersebut dan apa yang berlaku selepas pemandu tersebut tiba di destinasi.
Baca juga: Akhirnya terjawab siapa pemilik sebenar Pak Mat Western buat ramai nak tahu