Usahawan mempunyai pelbagai cara untuk meningkatkan hasil jualan dan meraih keuntungan.
Bagi peniaga air balang, antara taktik yang biasa digunakan adalah berkaitan bahan mentah dan jenama produk.
Salah satu elemen yang sering diperhatikan adalah penggunaan ais kiub.
TheSumKopi, atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Kopi’, mendedahkan perbezaan antara jenis ais yang biasa digunakan oleh peniaga.
Dalam satu video TikTok berdurasi 3 minit 10 saat, beliau menunjukkan demonstrasi dengan beberapa jenis ais yang terdapat di pasaran.
Dalam video tersebut, Abang Kopi menyediakan ais jenis hancur dan ais kiub ‘baby’ bersama 250 milliliter (ml) kopi. Kedua-dua jenis ais dimasukkan ke dalam dua cawan plastik, kemudian diisi dengan 250ml bancuhan kopi.
Hasil demonstrasi menunjukkan hanya cawan yang berisi ais kiub ‘baby’ dapat menampung jumlah kopi yang ditetapkan. Sebaliknya, cawan yang berisi ais hancur melebihi kuantiti air kopi sebanyak 100ml.
Ini membuktikan bahawa bekas berisi ais hancur mengandungi lebih sedikit air berbanding ais kiub ‘baby’.
Oleh itu, tidak menghairankan apabila peniaga yang menggunakan ais hancur dapat menjual lebih banyak unit berbanding biasa. Sebagai pembeli, pastikan anda membuat pilihan yang bijak!
BACA: Selain harta pusaka, ekor ikan keli juga boleh jadi punca silaturrahim terputus