Sebuah jenama hari ini mengumumkan sebuah kereta mewah untuk pemain badminton yang memenangi pingat di Olimpik Paris 2024.
Kejayaan membawa pulang pingat gangsa di Sukan Olimpik kelmarin menyaksikan Lee Zii Jia
Dan pasangan beregu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memenangi acara tersebut selepas masing-masing gagal ke final.
Sebelum ini di peringkat semi-final, Zii Jia tewas dengan pemain dari Thailand sementara pasangan regu Aaron Chia-Soh Woo Yik tewas dengan pasangan dari negara China.
Menerusi kenyataan di Facebook, Chery Malaysia memaklumkan ketiga-tiga pemain badminton itu akan menerima kereta utiliti sukan (SUV) Chery Tiggo 7 Pro.
Ia sebagai salah satu ganjaran selepas mencipta kejayaan mengukir nama dalam temasya berprestij itu.
baca: Isteri dalam pantang, suami ‘makan’ luar. Penyondol pula bangga tayang momen ‘dating’ sana sini