Terkini !!! 6 kes positif Covid-19 dikesan di Parlimen hari ini

Terkini !!! 6 kes positif Covid-19 dikesan di Parlimen hari ini

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan enam kes positif Covid-19 dikesan hari ini merupakan individu yang bertugas di Parlimen.

Enam kes tersebut melibatkan seorang petugas media, seorang pembantu senator dan empat anggota polis bantuan yang bertugas di parlimen.

“Hari ini kita dapat kesan seorang polis bantuan disahkan positif dan menerusi kontak rapat, tiga rakan sekerjanya dan isterinya juga positif.

“Seorang lagi petugas media juga positif. Kita sedang menjalankan saringan kepada keluarga, tujuh daripada mereka, tetapi belum dapat keputusan.

“Pembantu senator juga positif. Kita dah kenal pasti 12 (kontak rapat), kita juga dah arahkan mereka untuk kuarantin,” kata Noor Hisham dalam sidang media harian Covid-19 di bangunan Kementerian Malaysia (KKM) di Putrajaya hari ini.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/549119