Terkini !!! 660 kes baharu Covid-19 hari ini, 4 kematian

Terkini !!! 660 kes baharu Covid-19 hari ini, 4 kematian

Penularan Covid-19 merekodkan 660 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif penularan wabak itu dalam negara sebanyak 16,880 kes dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 5,345 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes baharu dilaporkan itu, hanya dua kes import, selebihnya 658 kes membabitkan penularan tempatan.

Beliau berkata, penularan tempatan itu membabitkan 618 jangkitan dalam kalangan warganegara dan 40 lagi kes bukan warganegara.

“Sabah merekodkan 443 kes hasil saringan besar-besaran diikuti Selangor (76), Kedah (60) dari Penjara Pokok Sena, Perak (16) dari Kem Tahanan Taiping, Johor (10), Kuala Lumpur (9), Negeri Sembilan (2) dan Pahang (1).

“Ada enam kluster baharu dilaporkan di Sabah (empat kluster), Selangor (satu kluster) dan Pulau Pinang (satu kluster),” katanya dalam sidang media secara langsung dari kediamannya hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, ada 350 kes yang pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 11,372 kes.

“Sehingga kini, 101 pesakit positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 32 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu, empat kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian bertambah 163 kes.

Semua kematian dilaporkan berlaku di Sabah iaitu dua kematian direkodkan di Sandakan, satu kematian di Tawau dan satu lagi dilaporkan di Semporna.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/utama/2020/10/630300/660-kes-baharu-covid-19-4-kematian-hari-ini