Terkini !! 847 kes baru, 5 kematian, 90 di ICU

Terkini !! 847 kes baru, 5 kematian, 90 di ICU

Kes jangkitan Covid-19 di negara ini terus merekodkan angka yang tinggi dengan sebanyak 847 kes baru dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Sabah terus merekodkan angka tertinggi dengan 578 kes, dikuti Selangor (132), Negeri Sembilan (38), Labuan (29) dan dan Kuala Lumpur (23 kes).

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media di Putrajaya hari ini turut memaklumkan seramai 486 pesakit telah sembuh sepenuhnya.

Sementara itu menurutnya seramai 90 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 29 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lima kes kematian berkaitan Covid-19.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 204 kes atau 0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

Daripada jumlah lima kematian itu, empat adalah di Sabah, manakala satu lagi dicatatkan di Kedah. Semua mangsa berusia 60 tahun dan ke atas.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan bahawa terdapat enam kluster barutelah dikenal pasti pada hari ini.

Kluster-kluster ini adalah Tinusa, Sauh, Jambu, Sofi, Bah Mutiara dan Umboo.

Berikut status terkini Covid-19 di Malaysia

Kes sembuh = 486

Jumlah kes sembuh =15,417 kes

Kes baharu positif = 847

(kes import = 5, kes tempatan = 842)

Jumlah positif = 23,804 kes

Kes kematian = 5

Jumlah kes kematian = 204 kes

Kes dirawat di ICU =90 kes

Bantuan alat pernafasan = 29 kes

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/547660