Terkini !!! Boleh makan di restoran mulai esok

Terkini !!! Boleh makan di restoran mulai esok

Pelanggan boleh makan di dalam restoran, terhad dua orang satu meja dan mengikut prosedur operasi standard (SOP), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, kerajaan juga bersetuju untuk membuka semula baki keseluruhan sektor perniagaan peruncitan.

Sebelum ini, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) menggesa kerajaan membenarkan pelanggan makan di kedai dengan pematuhan SOP ketat termasuk dua individu pada satu meja.

Presidennya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang tidak membenarkan pelanggan makan di restoran menjejaskan industri tersebut.

Menurutnya, ramai pengusaha kedai makan dan restoran kini mengeluh kerana jualan harian merudum sejak PKP dikuatkuasakan semula.

Berita Penuh :https://www.sinarharian.com.my/article/123099/BERITA/Nasional/Boleh-makan-di-dalam-restoran-terhad-dua-orang-satu-meja