TERKINI !!! Hadiah tahun baru, harga petrol dan diesel naik lagi

TERKINI !!! Hadiah tahun baru, harga petrol dan diesel naik lagi

Harga petrol dan diesel masing-masing akan naik 4 serta 3 sen mulai tengah malam ini.

Harga RON97, RON95 dan diesel masing-masing dinaikkan kepada RM2.14, RM1.84 serta RM2.01 seliter.

Kadar baru itu akan berkuat kuasa esok sehingga 8 Jan ini.

Ia akan menjadi minggu kelapan berturut-turut harga petrol mengalami kenaikan.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan petang ini.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/01/petrol-naik-4-sen-diesel-mahal-3-sen/