Terkini !!! Harga petrol naik lagi

Terkini !!! Harga petrol naik lagi

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik empat sen seliter manakala harga runcit diesel tidak berubah bagi tempoh 20 hingga 26 Feb ini.

Harga baru untuk ketiga-tiga bahan bakar itu adalah RM2.00 (RON95), RM2.30 (RON97) dan RM2.15 (diesel), menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini.

Kementerian Kewangan memaklumkan harga baru itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, menurut kenyataan itu.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/563620