Terkini !!! Hj Hadi akan angkat sumpah PM Online petang ini ?

Terkini !!! Hj Hadi akan angkat sumpah PM Online petang ini ?

Dua presiden parti Gabungan Perikatan Nasional (PN) selesai mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pertemuan itu berlangsung selama dua jam di pejabat Muhyiddin di sini.

Kenderaan yang membawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat keluar meninggalkan bangunan Perdana Putra pada jam 11.30 pagi.

Ia diikuti oleh Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran empat minit kemudian.

Bagaimanapun usaha pemberita untuk mendapatkan penjelasan mengenai pertemuan itu gagal selepas kedua-duanya tidak menurunkan cermin kereta ketika didekati.

Terdahulu, Abdul Hadi dan Vikneswaran tiba sekitar jam 9.20 pagi.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/107023/BERITA/Politik/Dua-presiden-parti-PN-selesai-bertemu-Muhyiddin