Terkini!! Kerajaan pertimbang semula pelaksanaan GST – Timbalan Menteri

Terkini!! Kerajaan pertimbang semula pelaksanaan GST – Timbalan Menteri

Kerajaan sedang mengkaji semula keperluan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), yang telah pun dimansuhkan ketika era pentadbiran Pakatan Harapan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) berkata, selain GST, kajian itu juga akan mengambil kira apa jua modal cukai kepenggunaan, termasuk kelemahan dan GST, cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

“Kajian ini akan turut meliputi kesan ke atas ekonomi, kos sara hidup, kesan cukai ke atas harga barang serta keupayaan menangani kegiatan ekonomi gelap.

“Sebarang cukai baharu jika ada, perlu bersifat mudah ditadbir dan tidak meningkatkan kos perniagaan di samping dapat mengukuhkan kedudukan fiskal negara,” katanya lagi.

Mohd Shahar berkata demikian ketika menjawab soalan Wong Shu Qi (PH-Kluang) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan sama ada Kerajaan Perikatan Nasional akan melaksanakan semula GST atau cukai kekayaan untuk meningkatkan pendapatan Kerajaan.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dewan-rakyat-kerajaan-kaji-semula-pelaksanaan-gst-272486