Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 3,297 kes baru Covid-19 setakat tengah hari ini.
Kes baru hari ini melangkaui angka 3,000 buat pertama kali sejak lapan hari lalu.
Peningkatan ini antaranya susulan kenaikan kes di Perak, yang mencatatkan 1,215 kes baru.
Ini kali pertama kes baru melangkaui empat angka dilaporkan di Perak sejak gelombang ketiga penularan Covid-19. Rekod sebelum ini pada 21 Januari, dengan 245 kes baru.
Kes baru hari ini melibatkan 1,402 warga tempatan dan 1,889 warga asing.
Bagaimanapun, jumlah kes aktif terus menurun dengan kadar sembuh yang tinggi, iaitu seramai 4,456 orang.
Status ringkas:
Kes aktif: 33,304
Pesakit dalam ICU: 209
Pesakit dengan bantuan pernafasan: 91
Kematian: 5
Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/02/21/3297-kes-covid-19-perak-catat-jangkitan-tertinggi/