Terkini !!! KJ bakal buat pengumuman penting petang ini

KJ bakal buat pengumuman penting petang ini. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan melalui laman Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa sebuah sidang media bakal disiarkan secara langsung pada pukul 5 petang ini.
Sidang media itu boleh disaksikan secara langsung menerusi Facebook Live Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sehingga 16 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 27,831 kes.
Saksikan Sidang Media Menteri Kesihatan YB @Khairykj pada jam 5.00 petang ini secara langsung di FB KKM. pic.twitter.com/Xy38I0MxNv
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) February 17, 2022
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa hanya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara bersasar akan dilakukan di kawasan terbabit sekiranya berlaku peningkatan kes Covid-19 ketika perayaan Aidilfitri.
Baca:
Netizen sebak tengok video tular kanak-kanak makan ‘sisa’ makanan di kedai makan
Muda tapi beruban, gaya pramugara ini dipuji netizen, nampak lebih yakin!
Tak sampai sebulan main forex, Zizan Razak umum tarik diri