Terkini !!! KPDNHEP umum tiada DNA babi dalam mee kari restoran seperti yang tular

Terkini !!! KPDNHEP umum tiada DNA babi dalam mee kari restoran seperti yang tular

Tiada DNA babi dari analisa sampel daging dalam mee kari sebuah restoran

Status Mee Kari yang viral beberapa hari lalu kini terjawab. Menerusi laman facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bertarikh 24 November 2020 yang telah dimuatnaik bertajuk ” Tiada DNA Babi dari analisa sampel daging dalam mee kari sebuah restoran”.

Menurut kenyataan tersebut, Ibu pejabat KPDNHEP Putrajaya dan beberapa cawangan KPDNHEP Selangor telah menghantar beberapa sampel mengandungi daging yang diambil dari restoran tersebut ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa.

Hasil dari analisa dan ujian makmal Jabatan Kimia hanya DNA ayam yang dikesan di dalam daging berkenaan dan tiada unsur DNA babi.

Melalui keputusan tersebut, pihak restoran yang disiasat tidak melakukan sebarang kesalahan atau melanggar nundang-undanh di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 atau Perintah Dagangan ( Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.