Maybank dilaporkan akan melaksanakan penyelenggaraan bulanan terhadap sistem utama pada 31 Disember 2024 (esok).
Sehubungan dengan itu, beberapa perkhidmatan yang melibatkan akses kepada sistem-sistem terlibat dijangka akan mengalami gangguan sementara.
Gangguan ini dijangka berlaku antara pukul 11.30 malam hingga 11.59 malam pada tarikh tersebut.
Perkhidmatan yang terjejas termasuk Maybank2u, Aplikasi MAE, Aplikasi QRPayBiz, Pembayaran Dalam Talian FPX,
Transaksi Kad Debit, Terminal Layan Diri (ATM), serta Deposit Tunai dan Mesin Deposit Cek.
Penyelenggaraan ini dijalankan sebagai persediaan untuk kempen beli-belah bulanan 1.1, bagi memastikan kelancaran transaksi tanpa sebarang gangguan.
Maybank memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pihak.
Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan, orang ramai boleh menghubungi pihak bank melalui emel di [email protected].
BACA: ‘Atuk dah disucikan oleh Tuan Presiden ‘, Cucu pula buat hal