Terkini!!! PKP dilanjutkan hingga 4 Februari

Terkini!!! PKP dilanjutkan hingga 4 Februari

Perintah kawalan pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 4 Februari untuk enam negeri dan kesemua Tiga Wilayah Persekutuan.

Ia melibatkan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan serta Selangor, Melaka, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sabah.

Dengan lanjutan itu, kecuali Sarawak, PKP untuk seluruh Malaysia akan tamat pada hari yang sama.

Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata lanjutan itu dibuat susulan kes baru Covid-19 terus meningkat. – MK