Terkini !!! PKPB di Selangor dan KL dilanjutkan ke 9 November

Terkini !!! PKPB di Selangor dan KL dilanjutkan ke 9 November

Kerajaan menyambung tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sepatutnya tamat esok dilanjutkan 14 hari sehingga 9 November depan.

Keputusan itu diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi.

PKPB juga dikuat kuasa di Nilai, Negeri Sembilan bermula 28 Ogos sehingga 10 November.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pula dikuat kuasa di Putra Point Nilai melibatkan Jalan BBN 1/7B, Jalan BBN 1/7F, Jalan BBN 1/2E.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/548169