Terkini !!! Rekod tertinggi 2,234 kes Covid-19

Terkini !!! Rekod tertinggi 2,234 kes Covid-19

Kes baru penularan wabak Covid-19 mencatatakan rekod tertinggi dengan 2,234 kes setakat jam 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan kes terkumpul positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 78,499 kes dengan kes aktif sebanyak 11,867.

Dia berkata daripada kes baru itu juga, Selangor terus mengatasi negeri-negeri lain dengan 1,428 kes. Ini diikuti oleh Sabah dengan 274 dan Kuala Lumpur 136.

Negeri-negeri lain adalah seperti berikut:- Perak (115), Johor (100), Negeri Sembilan (67), Pahang (45), Pulau Pinang (42), Kedah (14), Melaka (5), Kelantan (3), Terengganu (3), Sarawak (1) dan Putrajaya (1).

Sementara itu, negeri-negeri lain tidak mencatatkan sebarang kes.

Daripada keseluruhan 2,234 kes baru hari ini, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan terdapat sebanyak 1,112 kes pulih Covid-19. Dengan perkembangan itu, katanya, ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 66,236 atau 84.4 peratus.

“Sehingga kini, terdapat 124 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 60 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga kes kematian berkaitan Covid-19,” katanya.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid19 di Malaysia sekarang adalah sebanyak 396 kes atau 0.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/554723