Terkini !!! Teka teki sokongan Anwar bakal terjawab hari ini

Terkini !!! Teka teki sokongan Anwar bakal terjawab hari ini

“Semoga dipermudahkan segala urusan hari ini.”

Itu ungkapan ringkas Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu hantaran di Facebook beliau jam 10.12 pagi tadi.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut memuat naik gambar beliau bersama isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang tampil mengenakan pelitup muka.

Kenyataan ringkas berserta gaya istimewa pasangan suami isteri itu di kediaman mereka dilihat menarik perhatian rakyat Malaysia pagi ini dalam tempoh singkat.

Hanya dalam setengah jam selepas dimuat naik, sebanyak 26,000 pengguna Facebook memberi reaksi dengan majoritinya memberi emoji tanda ‘like’ dan ‘love’.

Sementara itu, lebih 50 pengamal media sudah berada di luar pintu 2, Istana Negara seawal jam 8 pagi tadi.

Susulan saranan Setiausaha PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semalam, tiada penyokong PKR dilihat berkumpul di luar Istana Negara.

Hari ini Anwar bakal mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pada 23 September lalu, Anwar mendakwa mempunyai jumlah kerusi yang “kukuh dan meyakinkan” untuk membentuk kerajaan baharu.

Setakat semalam, sekurang-kurangnya 17 daripada 39 ahli Parlimen Umno secara terbuka menafikan sokongan terhadap pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Sejak bertahun lalu, pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri dilihat banyak mendapat sokongan dan didoakan tokoh ulama sedunia.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/anwar-tarik-puluhan-ribu-perhatian-warganet-pagi-ini/