Terkini !!! Undang-undang lebih keras bakal dilaksana, arah tutup kedai dan kompaun lebih tinggi – PM

Terkini !!! Undang-undang lebih keras bakal dilaksana, arah tutup kedai dan kompaun lebih tinggi – PM

Kerajaan akan meminda undang-undang sedia bagi mengenakan hukuman lebih keras terhadap pihak yang tidak mematuhi prosedur operasi piawai (SOP) pencegahan Covid-19.

Tindakan itu termasuk:

Penutupan serta merta premis perniagaan yang tidak mematuhi peraturan dan SOP.

Tindakan perundangan terhadap pemilik perniagaan, pemegang francais, operator francais dan pihak berkepentingan lain dalam rantaian organisasi perniagaan.

Tindakan perundangan terhadap rantaian pengurusan pekerja asing meliputi majikan, ejen pembekal pekerja, kontraktor utama, sub-kontraktor dan orang perseorangan.

Kompaun lebih tinggi kepada pesalah berulang atau pesalah yang telah diberi amaran.

Tindakan penjara ke atas pesalah yang melanggar peraturan dan SOP.

Tindakan tatatertib ke atas penjawat awam yang tidak mematuhi peraturan dan SOP, termasuk ketua jabatan berkaitan pelaksanaan dasar dekerja dari rumah. – MK