Terpaksa masuk campur perkahwinan Marissa dan Aslam di Thailand, ini respon padu UAI

Oleh ISMAIL YAHYA

Berita tentang isu perkahwinan anak selebriti dengan lelaki yang sudah berstatus suami orang di Thailand telah mencetuskan kontroversi.

Menurut Ustaz Azhar Idrus (UAI), walaupun perkahwinan tersebut sah di Thailand, namun di Malaysia, ia disyorkan untuk didaftarkan semula.

“Saya tidak boleh membuat penilaian tentang perkahwinan di luar Malaysia kerana ada yang diiktiraf sebagai sah dan ada yang tidak sah.

Terpaksa masuk campur perkahwinan Marissa dan Aslam di Thailand, ini respon padu UAI

“Itulah sebabnya pasangan yang berkahwin di Thailand perlu mendaftar semula di Malaysia.

“Mahkamah akan memeriksa segala aspek termasuk siapa menjadi wali hakim, siapa menjadi saksi, dan bagaimana proses ijab kabul dilaksanakan.

“Oleh itu, apabila kembali ke Malaysia, mahkamah akan menentukan sama ada perkahwinan itu sah atau tidak sah. Keputusan berada di tangan mahkamah,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, kebanyakan pasangan yang memilih untuk berkahwin di Thailand kerana tidak mendapat restu dari ibu bapa dan ingin melegitimasi hubungan mereka.

UAI menekankan bahawa ‘kahwin lari’ boleh menjadi dosa besar kerana menyakiti hati ibu bapa.

“Bagi pasangan yang perkahwinannya diiktiraf sah, mereka tetap berdosa kerana telah melakukan tiga kesalahan besar terhadap ibu bapa mereka.

“Mereka telah menyakiti hati ibu bapa, mengaibkan mereka, dan membuat mereka sedih. Ini adalah haram dan dosa besar,” katanya.

UAI menasihati mereka yang akan berkahwin supaya mendapatkan restu ibu bapa terlebih dahulu sebelum membina rumah tangga.

BACA: Sistem pendidikan dalam bahaya, ramai ibu bapa elak hantar anak ke Sekolah Kebangsaan, dimana silapnya?