Tiada angin tiada ribut tiba-tiba Lee Zii Jia tarik diri dari terbuka Denmark, ini punca buat ramai terkejut

Oleh GEMILANGDAILY

“Selepas mempertimbangkan segala perkara dengan teliti, dengan penuh rasa berat hati,

Zii Jia terpaksa menarik diri daripada Terbuka Denmark edisi tahun ini,” kata pihak Team LZJ.

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, yang juga naib juara, menarik diri daripada kejuaraan Super 750 kali ini selepas mengalami kecederaan buku lali.

“Setelah tiba di Odense pada Ahad, harapan dan perancangan untuk melihat Lee Zii Jia beraksi di Terbuka Denmark 2024masih ada

walaupun beliau mengalami kecederaan buku lali semasa aksi suku akhir Terbuka Artik.

Tiada angin tiada ribut tiba-tiba Lee Zii Jia tarik diri dari terbuka Denmark, ini punca buat ramai terkejut

“Zii Jia telah turun ke gelanggang hari ini, tetapi ketidakselesaan di bahagian buku lali menghalangnya daripada menunjukkan prestasi yang berkualiti.

“Setelah mengambil segala pertimbangan yang wajar, dengan penuh rasa berat hati, Zii Jia terpaksa menarik diri daripada Terbuka Denmark edisi tahun ini,” kata pihak Team LZJ.

Pada edisi 2023, Zii Jia tewas dalam set yang mudah kepada pemain China, Weng Hongyang, dengan keputusan 12-21, 6-21.

BACA: Abang Bomba ajar cara selamatkan diri dari ular, ikut je cara ini pasti ular lepaskan belitan