“Tiada laluan istimewa walaupun penceramah itu dikenali popular” – Pengerusi MAIS.
Tiada ‘laluan khas’ disediakan kepada mana-mana penceramah atau pendakwah sekalipun yang popular dalam menyampaikan kuliah mereka di Selangor
Menurut laporan, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata,
semua penceramah berkenaan perlu melalui beberapa proses membabitkan ujian bertulis, temu duga, tapisan undang-undang sebelum dibawa ke Jawatankuasa Tauliah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
“Tiada laluan istimewa (kepada penceramah tertentu) walaupun penceramah itu dikenali umum, popular… kita tetap kena semak syarat-syaratnya.
“(Jika) hendak mengajar agama Islam (di Selangor)… kita kena pastikan mereka benar-benar mengetahui (ilmu berkenaan).
“(Ustaz Azhar Idrus), pihak masjid itu ada buat permohonan minta pengecualian (untuk beliau)… jawapan diberi dengan tegas bahawa JAIS tidak ada pengecualian. Permohonan dihantar melalui surat sahaja, sampai pada JAIS didapati tidak memenuhi syarat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pembatalan ceramah dua penceramah iaitu Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Muhammad Wadi Annuar, baru-baru ini di Selangor.
Seramai 5,642 penceramah yang mendapat tauliah mengajar agama Islam di Selangor setakat tahun 2022
Mengulas mengenai permohonan tauliah mengajar agama Islam di Selangor, katanya, ada beberapa proses, prosedur serta 10 syarat yang sudah ditetapkan.
Antara syarat untuk mendapatkan tauliah ceramah di Selangor termasuklah beragama Islam dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, berumur 18 tahun ke atas, sempurna akal dan mempunyai pengetahuan agama Islam sekurang-kurangnya di peringkat atau pendidikan empat sanawi.
Ujarnya lagi, setiap daripada mereka juga akan melalui proses ujian bertulis dan temuduga serta tapisan dari Jawatankuasa Tauliah yang dipengerusikan Mufti Selangor.
“Ada prosedurnya, boleh mohon dan bukan terlalu susah. Lama atau tidak bergantung dan kalau semua teratur dengan temubual dan bertulis pun okay ( jadi lulus).
“Setakat 7 Disember tahun lalu merekodkan seramai 5,642 penceramah yang mendapat tauliah di Selangor. Tempoh bagi satu-satu pentauliahan adalah tiga tahun,” jelasnya.
BACA: