Seorang guru dikejutkan apabila menemui sepanduk yang menuduhnya mempunyai hubungan sulit dengan bapa kepada
salah seorang pelajarnya. Kejadian ini berlaku pada hari pembukaan sekolah di Buenos Aires, Argentina.
Sepanduk besar yang ditulis tangan itu digantung di luar pagar sekolah, mendakwa guru berkenaan
‘menghancurkan sebuah keluarga’ dengan meniduri bapa pelajarnya meskipun mengetahui lelaki berkenaan sudah berkahwin.
“Carla, awak perempuan simpanan… awak tiduri suami saya. Anda ‘menghancurkan’ sebuah keluarga…”
demikian tertulis pada sepanduk tersebut.
Insiden ini menarik perhatian ramai, yang kemudian mengambil gambar sepanduk berkenaan dan memuat naiknya di media sosial.
Identiti guru yang dituduh itu tidak didedahkan, namun khabar angin mengatakan bahawa bapa yang curang tersebut adalah lelaki yang sering menjemput anak-anaknya dari sekolah
. Guru berkenaan didakwa mengambil kesempatan dengan menggoda bapa pelajar tersebut.
Sebagai peringatan, perbuatan berzina adalah haram dalam Islam dan perlu dijauhi.
BACA:Cara menghapuskan lipas yang berkampung di dalam kabinet guna bahan ni je