Tiba-tiba kedai emas diserbu orang ramai, ingatkan nak beli emas rupanya lain pula yang jadi

Oleh GEMILANGDAILY

Tiba-tiba kedai emas diserbu orang ramai, ingatkan nak beli emas rupanya lain pula yang jadi.

Kenaikan harga emas di pasaran global, yang kini mencecah RM300 segram dipercayai mendorong orang ramai menjual barang kemas mereka bagi mendapatkan keuntungan.

Tinjauan di kedai emas sekitar Shah Alam menyaksikan pelanggan berbaris pada jam 10 pagi untuk menjual barang kemas mereka.

Tiba-tiba kedai emas diserbu orang ramai, ingatkan nak beli emas rupanya lain pula yang jadi

Kakitangan di Kedai Emas Anuar, Siti Nurathirah Idris, 28, berkata puluhan pelanggan datang ke kedai itu, bukan untuk membeli tetapi menjual emas.

“Perkara ini biasa kerana emas ialah aset berharga untuk dijual kembali. Harga ketika ini tinggi dan kini kita faham akan keperluan memiliki emas.

“Dalam masa sukar ketika ini, kita boleh menjual emas jika kita perlu membeli rumah atau untuk tujuan lain,” katanya kepada sebuah portal berita tempatan.

Kakitangan lain, Ahmad Muzaffarshah, 24, berkata beliau terkejut dengan jumlah pelanggan yang ramai, terutama pada hujung minggu.

“Sejak harga emas tinggi, ramai yang berpusu-pusu ke kedai kami untuk menjual semula emas mereka. Nilai jualan semula adalah RM293 segram mengikut kadar pasaran,” katanya.

Seorang pelanggan, Norasliza Abdullah, 46, mengakui beliau ke kedai emas untuk menjual barang kemasnya.

“Harga emas meningkat. Walaupun saya menjualnya, saya tidak rugi. Ia menguntungkan dan munasabah.

“Wang yang diperoleh boleh digunakan untuk membeli keperluan harian kerana ia adalah aset yang boleh kita jual ketika berdepan kesukaran,” katanya.

BACA:

“Pak Lang tak ada bulu, dia bawa gajah handsome juga”, budak 6 tahun dedah cerita sebenar bukan dia yang bawa kereta

Atasi masalah jem teruk Melaka, Jumaat sampai Ahad Bandar Hilir hari tanpa kenderaan mulai Jun