Tidak mampu raih sokongan baru, lambat laun kerajaan Muhyiddin akan jatuh juga

Tidak mampu raih sokongan baru, lambat laun kerajaan Muhyiddin akan jatuh juga

Dikatakan Umno dan Pas telah bermesyuarat bagi menentukan kedudukan Bersatu ke dalam Muafakat Nasional.

Manakala esoknya pula Majlis Tertinggi Umno akan bermesyuarat dan akan menentukan samaada Umno kekal atau keluar daripada Kerajaan Perikatan Nasional.

Jika dilihat mata kasar Muhyiddin seperti menikmati menjadi Perdana Menteri. Namun hakikatnya Muhyiddinlah Perdana Menteri Malaysia yang paling derita.

Beliau hanya mempunyai 1 atau 2 sokongan majoriti di parlimen. Kerajaan Muhyiddin bukan hanya boleh digugat parti bahkan individu juga mampu mengugut beliau.

Seorang sahaja ahli parlimen menarik sokongan dan umum secara rasmi dimedia maka jatuh kerajaan Muhyiddin.

Hari ini Umno mula menggugat kerajaan Perikatan Nasional. Pelbagai syarat yang dituntut.

Kalau dikira kepentingan mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan keperluan parti berkerajaan sudah pasti bulan dan bintang Muhyiddin sanggup turutkan.

Namun kali ini, Muhyiddin bakal membuat keputusan dimana akan ada yang terpaksa berkorban atau dikorbankan.

Umno kali ini bukan menuntut jawatan Perdana Menteri. Namun jawatan Timbalan Perdana Menteri yang menjadi rebutan.

Azmin Ali walau jawatannya tidak disebut Timbalan Perdana Menteri namun kedudukannya Menteri paling kanan sudah cukup menimbulkan kemarahan Umno.

Orang-orang Azmin Ali juga diberikan kedudukan yang kukuh dalam kabinet. Kementerian Perumahan dan Kementerian Komunikasi sentiasa menjadi idaman pimpinan Umno kini dalam genggaman kumpulan Azmin Ali.

Bahkan Kementerian Pertanian dan Kementerian Luar Bandar yang banyak akan membantu menguatkan parti juga dimonopoli parti Muhyiddin.

Umno mungkin sedar akan kepentingan berkerajaan maka bersedia untuk menerima sebahagian kecil sahaja permintaan mereka.

Namun permintaan Umno kali ini sudah pasti akan memberi kesan kepada kumpulan Azmin atau parti Muhyiddin.

Namun jika mereka berjaya jumpa kata sepakat, saya yakin perpecahan yang telah dimulakan Umno ini tidak mampu lagi diselamatkan.

Mereka hanya mampu menangguh sahaja namun “lambat bangat” kerajaan Muhyiddin akan jatuh juga.

Tinggal pembangkang adakah akan terus berpolitik demi kepentingan parti atau rakyat. Semoga pembangkang cepat-cepat jumpa jalan penyelesaian.

Kemampuan kerajaan tebuk atap ini bertahan bukan kerana kehebatan mereka berpolitik namun sebaliknya kerana kegagalan pembangkang menyusun strategi politik dengan betul.

Nyamuk Menggigit
19 Oktober 2020

Sumber :

Mampukah Muhyiddin Bertahan Dengan Langkahnya?Dikatakan Umno dan Pas telah bermesyuarat bagi menentukan kedudukan…

Posted by Johar Ismail on Monday, October 19, 2020