Kerajaan tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya dalam soal membebaskan
Atau melepaskan kanak-kanak GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang diselamatkan dalam Operasi Global baru-baru ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan,
berkata kes tersebut melibatkan banyak pihak dan sebarang tindakan yang diambil perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
“Sebagaimana yang tercatat dalam data dan laporan, semua pihak yang terlibat dalam kes ini bukan hanya satu pihak tetapi melibatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),
Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), dan banyak lagi agensi lain.
“Setiap agensi ini mempunyai garis panduan dan bertindak mengikut lunas undang-undang yang ada.
“Tindakan tidak boleh dilakukan secara semberono. Oleh itu, kami memberikan kepercayaan kepada agensi-agensi terbabit untuk menjalankan tugas mereka dengan sebaik-baiknya,
selaras dengan perlindungan kebajikan semua pihak yang terlibat,” katanya pada sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Zulkifli menjawab pertanyaan tambahan daripada Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) yang ingin mengetahui berapa lama lagi anak-anak tersebut akan ditahan.
BACA: “Hadi patut berehat dah tapi pengikut dia duk angkat dia ke tahap dewa” – Nakhaie