Timbalan Menteri MCA guna tulisan Cina, kenapa tiada yang bersuara?

Timbalan Menteri MCA guna tulisan Cina, kenapa tiada yang bersuara?

Dulu zaman PH, berguling-guling bergegar bumi kalau ada Menteri yang tak guna Bahasa Kebangsaan dalam poster ucapan rasmi Kementerian mahupun parti. Sampai tak boleh buat dwi-bahasa secara berasingan, nanti mereka akan troll jugak.

Tapi sekarang zaman PN, selamba je Timbalan Menteri MCA ni. Dan yang bergema dulu ni, senyap jugak ke? Ini bukan kali pertama poster Timb Menteri MCA ini bikin kontroversi.

Kalau pergi kat FB page Timb Menteri MCA ni lagi laa… nama dalam tulisan Cina terus. Dan tulisan pun semua dalam Bahasa Cina. Yang tak tahu Bahasa Cina tak boleh nak baca langsung.

Sebelum ini isu Menteri Sumber Manusia beri ucapan rasmi dalam Bahasa Tamil di siaran TV.

Isu Bahasa ini, isu nasional. Jangan hipokrit ye wahai yang gegak-gempita dulu ni.

Sumber :