Timbalan Menteri pula positif Covid-19

Timbalan Menteri pula positif Covid-19

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin disahkan positif Covid-19.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya hari ini, keputusan ujian saringan Zahidi diterima awal pagi tadi.

Menurut kenyataan itu, Zahidi telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh, Selangor untuk menjalani rawatan lanjut mengikut garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Zahidi kini berada dalam keadaan yang stabil dan memohon maaf atas kesulitan yang timbul. Dia berdoa agar Allah mempermudah urusan semua yang terlibat,” menurut kenyataan itu lagi.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/558791

COMMENTS